
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PERUNTUKAN PENYELARASAN DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA (DPTN)
____________________________________________________________________
Susulan laporan BERNAMA Online pada hari ini 20 Oktober 2017, mengenai 12 pengetua tahfiz di kelantan yang meminta penjelasan berkenaan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada institusi tahfiz berikutan rasa tidak puas hati dengan jumlah peruntukan yang diperolehi, Jakim ingin memberi penjelasan bahawa peruntukan sebanyak RM30 juta adalah bertujuan untuk penyelarasan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Sebanyak 571 buah institusi tahfiz berdaftar diseluruh negara layak menerima bantuan tersebut. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 34 buah institusi tahfiz berdaftar di negeri Kelantan telah menerima bantuan.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza antara institusi berdasarkan data bilangan murid yang dibekalkan oleh institusi tahfiz berkenaan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Sekian.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
20 Oktober 2017
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
20 Oktober 2017