jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
PERUNTUKAN BERKAITAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM DALAM BAJET 2018,
BUKTI KERAJAAN KOMITED MEMARTABATKAN KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
__________________________________________________________________________
 
1. Jakim merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memberikan peruntukan bagi pengurusan hal ehwal Islam dalam pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
 
2. Malahan Bajet 2018 ini dilihat amat menyeluruh dan mencakupi keseluruhan aspek Maqasid Syariah, Alhamdulillah. Bajet 2018 telah memberi pengiktirafan kepada para murabbi ummah iaitu para guru KAFA, guru Takmir, Imam, Bilal dan Siak yang bekerja di peringkat akar umbi tanpa mengenal erti penat dan lelah.
 
3. Para guru KAFA, guru Takmir, Imam, Bilal dan Siak turut menjadi tumpuan Bajet 2018 melalui pemberian bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 sama seperti yang diberikan kepada penjawat awam.
 
4. Kerajaan juga bersetuju menyediakan dana sebanyak RM50 juta bagi tujuan pembaikan SABK dan RM50 juta kepada GiatMara untuk membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
 
5. Setelah menerima peruntukan berkenaan daripada Kementerian Kewangan, pihak Jakim akan mengagihkannya kepada pihak negeri-negeri agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkaitan.
 
Sekian
 
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
30 Oktober 2017