jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
CADANGAN UNTUK MENJADIKAN BAITUL MAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL
_________________________________________________________________________
 
  1. Jakim berpendirian cadangan Kerajaan Amerika Syarikat untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah amat tidak wajar dan telah menafikan hak kedaulatan Negara Palestin serta menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
  2. Justeru, Jakim sama sekali tidak menyokong cadangan untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel memandangkan bumi Palestin adalah hak milik umat Islam dulu kini dan selamanya.

  3. Tindakan pelbagai pihak menganjurkan perhimpunan solidariti secara aman adalah amat signifikan sebagai memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitul Maqdis untuk dijadikan sebagai ibu negara Israel.
  4. Jakim menyeru umat Islam di negara ini untuk mengerjakan solat hajat khusus untuk mendoakan agar Baitul Maqdis dan seluruh bumi Palestin terus kekal sebagai hak milik mutlak umat Islam.

 
Sekian.
 
TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
8 Disember 2017