
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
_________________________________________________________
-
Penganjuran Himpunan Perdana : Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis adalah merupakan lambang solidariti rakyat Malaysia secara aman bagi memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitulmuqaddis dijadikan sebagai ibu negara Israel.
-
Justeru, Jakim menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Perdana : Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis pada 22 Disember 2017 jam 12.00 tgh hingga 3.00 petang di Masjid Putra, Putrajaya bagi menyemarakkan lagi semangat kita dalam memberi sokongan terhadap isu Baitulmuqaddis agar ianya terus kekal berada di bawah penguasaan umat Islam.
-
Seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dijemput untuk bersolidari bersama YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri demi untuk mengembalikan hak eksklusif rakyat Palestin ke atas Baitulmuqaddis dan juga seluruh bumi Palestin.
-
Semoga himpunan perdana ini akan berjaya menghasilkan impak yang besar kepada solidariti umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia terhadap isu Baitulmuqaddis dan Palestin.
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
21 Disember 2017