jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
PERLAMBANGAN HAIWAN BERSEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2018
__________________________________________________________________
 
Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina di Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16 dan 17 Februari 2018 berdasarkan kepada perkiraan kalendar lunar Cina.
 
Merujuk kepada konsep fiqh ta'ayush, (kebersamaan) walaupun Tahun Baru Cina menggunakan haiwan sebagai perlambangan, semua pihak perlu menghormati perkara ini dan sentiasa mengekalkan keharmonian antara kaum. Ini selaras dengan pendekatan wasatiyyah dalam Islam yang telah menjadi dasar Kerajaan.
 
Justeru, semangat kebersamaan dalam perkara ini perlu difahami secara bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
 
Sekian.
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
5 Februari 2018