KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
SOLAT JENAZAH GHAIB ALMARHUM ISMAIL HANIYEH
Bil. 25/2024
1. JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2024. Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh.
2. Sehubungan itu, JAKIM akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib Almarhum Ismail Haniyeh. Solat Jenazah Ghaib ini akan diadakan pada malam ini, 1 Ogos 2024 (Khamis) selepas solat Maghrib di tiga (3) masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
3. JAKIM menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan Solat Jenazah Ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel.
Sekian.
DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1 Ogos 2024