jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KEJAYAAN JAKIM MERANGKUL DUA ANUGERAH
THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARD 2019
_______________________________________________________________________________________
 
JAKIM sekali lagi melakar sejarah apabila telah diberi pengiktirafan dengan dua anugerah The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2019 bagi kategori Brandleadership Awards 2019 yang dianugerahkan kepada Datuk Mohamad Nordin Ibrahim atas kepimpinan beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM. JAKIM turut menerima anugerah dalam kategori Strategic Business Partner Brand Award yang mengiktiraf Halal Malaysia yang diterajui JAKIM dipersada global.
 
Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang menjadi tetamu jemputan khas dalam majlis yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 26 September 2019.
 
Datuk Mohamad Nordin menerima anugerah The Brandleadership atas sumbangan dan peranan beliau secara aktif dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Pensijilan Halal Malaysia yang tidak dapat dinafikan sebagai rakan strategik industri dalam memajukan perniagaan dalam sektor halal.
 
The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards adalah penjenamaan di peringkat antarabangsa dari organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang ditujukan untuk membangunkan jenama dalam pelbagai latar belakang perniagaan dengan memberi pengiktirafan bagi sesuatu pencapaian, penjenamaan dan reputasi seseorang individu dan juga sesebuah organisasi atau syarikat.
 
Anugerah berprestij ini diberikan bagi menghargai peranan dan sumbangan Ketua Pengarah JAKIM dalam menerajui perkembangan ekosistem halal di Malaysia dan dipersada antarabangsa.
 
Sesungguhnya dengan Anugerah The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2019 merupakan suatu pengiktirafan dan bukti kejayaan Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim dalam menerajui JAKIM di persada nasional dan antarabangsa.
 
Selaku Ketua Pengarah JAKIM, penganugerahan ini merupakan penghargaan yang amat bermakna atas sumbangan beliau yang efisien terhadap ummah di Malaysia dan di peringkat global berteraskan prinsip-prinsip Islam yang syumul selaras dengan konsep RAHMAH bertunjangkan kepada konsep Rahmatan Lila'lamin. Ini juga membuktikan Malaysia sebagai model pengurusan pensijilan halal terbaik dunia.
 
Sekian
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
28 September 2019