jata
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT BAGI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA 
 
Umum mengetahui negara kita kini mengalami situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara.
 
Saya mengambil kesempatan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan keharmonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
 
JAKIM akan menganjurkan Solat Hajat melalui semua  masjid utama di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai hari ini bagi memanjatkan doa semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah agar keadaan politik negara kembali stabil serta mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
 
JAKIM juga memohon jasa baik dan kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa.
 
Sekian.
 
DATO' PAIMUZI YAHYA
Ketua Pengarah 
JAKIM
27 Februari 2020