jata
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
 
PELANTIKAN
MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
YANG BAHARU
 
 
 
1. Terlebih dahulu JAKIM ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri atas pengumuman pelantikan barisan Jemaah Menteri petang tadi. Sesungguhnya pemilihan dan pembentukan Jemaah Menteri kali ini menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk terus mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti.
 
2. Saya juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato' Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Ahmad Marzuk bin Shaary sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). JAKIM dengan kesyukuran menyambut baik atas pelantikan kedua-dua tokoh yang sememangnya layak dan berkaliber untuk menerajui pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. 
 
3. Saya dan seluruh warga JAKIM akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di JPM ke arah memacu pengurusan hal ehwal Islam di negara ini ke suatu tahap yang lebih cemerlang dan disegani.
 
Sekian
 
DATO' PAIMUZI YAHYA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
9 Mac 2020