jata
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
PENANGGUHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 1441H/2020M 
 

 

1. JAKIM ingin memaklumkan bahawa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan pada 6 hingga 11 April 2020M bersamaan 12 hingga 17 Syaaban 1441H bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tindakan ini susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19.

2. Sebagai makluman, MTHQA yang diurusetiakan oleh JAKIM merupakan acara tahunan Negara sejak 61 tahun yang lalu. Acara ini disertai oleh lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.

 

Sekian.

 

DATO’ PAIMUZI BIN YAHYA

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

14 Mac 2020M / 19 Rejab 1441H