KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
BERKENAAN
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (MTHQA) KE-64 TAHUN 1446H/2024M
6. Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-64 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan. Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-64 telah selesai dijalankan pada 29 April – 5 Mei 2024 (Kategori Tilawah) dan 21 – 26 Julai 2024 (Kategori Hafazan) yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 120 orang peserta daripada 89 buah negara.
8. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) pada kali ini akan melibatkan seramai 92 orang peserta keseluruhannya dari 71 buah negara. Peserta tilawah seramai 53 orang (39 lelaki & 14 perempuan) dari 41 buah negara dan peserta hafazan seramai 39 orang (26 lelaki & 13 perempuan) dari 36 buah negara. Malaysia menghantar seramai 4 orang peserta iaitu :-
a. Dua (2) peserta Tilawah iaitu (Mohamad Husaini Bin Mahmur dari Negeri Sembilan
dan Nor Hidayah Binti Abd Rahman dari Terengganu)
b. Dua (2) peserta Hafazan iaitu (Muhammad Rifae’i Bin Mat Zuki dari Negeri Kedah
dan Putri Aminah Binti Mohd Hanif dari Kelantan )
9. Selain daripada hadiah wang tunai yang disediakan oleh Kerajaan, pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekali lagi bermurah hati menaja hadiah kepingan emas (gold bar) kepada Johan kedua-dua kategori tersebut yang bernilai RM 48,000.00 (RM 12,000.00 x 4 Johan bagi dua kategori).
10. Alhamdulillah MTHQA pada tahun ini menadapat limpahan rezeki yang istimewa bagi Johan kedua-dua kategori tilawah dan menghafaz Al-Quran. Selain daripada hadiah wang tunai yang disediakan oleh Kerajaan, pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekali lagi bermurah hati menaja hadiah Kepingan Emas (Gold Bar) kepada Johan kedua-dua kategori tersebut yang bernilai RM 48,000.00 (RM 12,000.00 x 4 Johan bagi dua kategori).
11. Manakala perincian hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada peserta MTHQA Ke-64 adalah seperti berikut:
1) Kategori Tilawah Al-Quran:
i. Johan Qari dan Qariah :
a. Kepingan Emas (Gold Bar) bernilai RM 12,000.00 setiap juara (2 orang)
Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
b. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
c. Hadiah Iringan
d. Sijil
ii. Naib Johan Qari dan Qariah :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iii. Tempat Ketiga Qari dan Qariah :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iv. Hadiah Saguhati : Wang Tunai
*Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.
2) Kategori Menghafaz Al-Quran:
i. Johan Lelaki dan Wanita :
a. Kepingan Emas (Gold Bar) bernilai RM 12,000.00 setiap juara (2 orang)
Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
b. Wang Tunai dari Kerajaan Malaysia
c. Hadiah Iringan
d. Sijil
ii. Naib Johan Lelaki dan Wanita :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iii. Tempat Ketiga Lelaki dan Wanita:
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iv. Hadiah Saguhati : Wang Tunai
*Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.
12. Pihak penganjur mengucapkan penghargaan dan setinggi terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kerana bersetuju untuk memberikan sumbangan untuk tahun ini.
TEMA MTHQA : AL-FALAH PEMACU MALAYSIA MADANI
13. Sempena MTHQA Ke-64 tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep Al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.
14. Penganjuran MTHQA secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia adalah amat relevan dalam menzahirkan komitmen pihak Kerajaan untuk menerapkan budaya minat membaca terhadap Al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian. Penganjuran ini juga merupakan manifestasi usaha memartabatkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Melalui MTHQA, agenda pembangunan ummah dan pembinaan generasi Al-Falah yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI sebagaimana digagaskan oleh YAB Perdana Menteri dapat terus diperkasakan.
PENJURIAN MTQHA KE-64
15. Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 pada tahun ini akan dihakimi oleh seramai 20 orang hakim dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain. Bagi kategori Tilawah Al-Quran penghakiman akan dinilai dari aspek Tajwid, Tarannum, Fasahah dan Suara. Manakala bagi kategori Hafazan al-Quran pula terdapat dua (2) aspek tambahan penilaian iaitu dari sudut hafazan dan kelancaran bacaan.
ACARA SAMPINGAN SEMPENA MTHQA KE-6
16. Selain persembahan tilawah dan menghafaz Al-Quran dari para peserta dari seluruh dunia, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 turut diserikan dengan bacaan qari jemputan, persembahan nasyid, tazkirah, bacaan qasidah, persembahan khas wakil-wakil peserta MTHQA Ke-64.
17. Rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menyaksikan MTHQA Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 5 hingga 12 Oktober 2024 dengan tempat adalah terhad. MTHQA Ke-64 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM1 bermula dari jam 8.45 malam hingga 11.30 malam. Bagi acara Hafazan pula akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
18. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan secara langsung MTHQA Ke-64 melalui saluran media sosial rasmi JAKIM seperti TV JAKIM, Facebook dan Tiktok JAKIM, Radio IKIM, Radio Nasional FM serta lintas langsung dari beberapa radio dibawah RTM seperti Ai FM (Mandarin), Traxx FM (Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli).
19. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan MTHQA Ke-64 ini.
20. Semoga MTHQA ke-64 yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan dipermudahkan Allah perjalanan majlis ini dan berjalan lancar serta sama-sama kita berdoa moga Allah memberkati segala usaha yang kita curahkan selama ini.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
23 September 2024