
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
JAKIM SAHKAN LEBIH 2,700 SEKOLAH AGAMA BELUM TERIMA PERUNTUKAN KERAJAAN
Bil. 41/2024

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah
1. Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Bantuan Selenggara dan Naik Taraf (SNT) Institusi Pendidikan Islam (IPI) pada umumnya adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu menaik taraf IPI berdasarkan kepada permohonan daripada IPI melalui pemegang taruh negeri dan bukan pemberian tetap secara tahunan kepada IPI yang berdaftar.
2. Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan IPI dan setakat ini tidak pernah gagal untuk menyalurkan peruntukan kepada IPI yang memohon. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan berhubung melalui pemegang taruh dengan IPI bagi mengenal pasti keperluan naik taraf IPI dan sentiasa membantu memudahkan proses permohonan ini.
3. JAKIM juga ingin menegaskan, peruntukan ini akan disalurkan terus ke dalam akaun IPI yang memohon bagi mengelakkan karenah birokrasi dan memudahkan pihak IPI meneruskan projek pembangunan seperti dipohon.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
6 Oktober 2024