KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
DAN
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)
BERKAITAN
PROGRAM HALAL ON TRACK 2024 @ PAHANG
Bil. 44/2024
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menganjurkan Program Halal on Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur yang akan berlangsung pada 19 Oktober 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.
2. HOT merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Penganjuran kali ini adalah merupakan edisi ketiga sejak HOT dianjurkan bermula tahun 2023.
3. Perasmian program HOT@Pahang bakal disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan akan dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
4. Penganjuran HOT adalah manifestasi jelas komitmen kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, melalui kerjasama antara JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam memperkasa pensijilan halal Malaysia. Program ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang lebih mesra industri dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada usahawan. Inisiatif ini diilhamkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dengan matlamat menyediakan platform strategik bagi usahawan untuk bersiap sedia dengan sebaiknya sebelum mengemukakan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pendekatan yang digarap dalam HOT ini penting bagi memastikan proses pensijilan halal berjalan dengan lancar dan efisien.
5. Program ini membawa satu agenda yang besar dalam memperksakan pensijilan halal Malaysia di kalangan ushawan tempatan. Antara objektif penganjuran ini ialah:
i. Meningkatkan kesedaran pemain industri dan pengguna berkaitan
prosedur pensijilan halal Malaysia;
ii. Memperbanyakkan jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia
(SPHM) di kalangan usahawan tempatan;
(SPHM) di kalangan usahawan tempatan;
iii. Mempercepatkan tempoh permohonan pensijilan halal dengan
meningkatkan pemahaman para pemohon berkaitan prosedur pensijilan
halal Malaysia; dan
meningkatkan pemahaman para pemohon berkaitan prosedur pensijilan
halal Malaysia; dan
iv. Meningkatkan kesetiaan pemain industri kepada pensijilan halal Malaysia
bagi memberikan keyakinan kepada para pengguna.
bagi memberikan keyakinan kepada para pengguna.
6. HOT@Pahang ini menyasarkan penglibatan seramai 1500 orang usahawan yang terdiri daripada pelbagai kategori industri iaitu mikro, kecil, sederhana dan multinasional. Penglibatan program ini turut melibatkan beberapa agensi, institusi, dan kementerian yang berkaitan dengan pembangunan usahawan halal. Penglibatan ini bertujuan untuk memastikan proses persediaan usahawan ke arah pensijilan halal Malaysia berjalan dengan lancar.
7. Program yang akan berlangsung selama satu hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya:
i. Kaunter pendaftaran sistem MYeHALAL serta kaunter bimbingan dan
fasilitasi halal yang akan dikendalikan oleh pegawai JAKIM dan JAIP;
fasilitasi halal yang akan dikendalikan oleh pegawai JAKIM dan JAIP;
ii. Seminar berkaitan pensijilan halal dan insentif berkaitan halal daripada
institusi-institusi kewangan;
institusi-institusi kewangan;
iii. Sesi perkongsian pengalaman daripada pemegang Sijil Pengesahan Halal
Malaysia (SPHM); dan
Malaysia (SPHM); dan
iv. Pembukaan reruai pameran daripada agensi kerajaan dan para
usahawan halal di Malaysia.
usahawan halal di Malaysia.
8. JAKIM dan JAIP menyeru kepada semua usahawan yang berada di negeri Pahang untuk menyertai program ini bagi mendapatkan bimbingan pensijilan halal secara terus daripada pihak berkuasa berwibawa. JAKIM juga mengharapkan penglibatan daripada agensi dan kementerian yang terlibat dengan pembangunan usahawan halal untuk turut serta menjayakan Program HOT@Pahang ini.
9. Liputan secara langsung sepanjang program ini juga boleh ditonton melalui media sosial rasmi JAKIM. Jasa baik daripada rakan-rakan media turut dipohon untuk mewar-warkan berkenaan penganjuran Program HOT@ Pahang dan hadir untuk membuat liputan program ini pada waktu dan lokasi yang telah dinyatakan.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 Oktober 2024 / 7 Rabiul Akhir 1446 Hijrah