KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKAITAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN DARI MUSIBAH BANJIR DI BEBERAPA BUAH NEGERI
Bil. 49/2024
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Berdasarkan situasi semasa musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri dan kenyataan media oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan Solat Hajat di tiga buah masjid utama di bawah pentadbiran JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada malam ini selepas Solat Isyak dan juga esok, 29 November 2024, selepas Solat Jumaat bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia dalam mendepani musibah yang melanda.
2. JAKIM juga turut memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk turut sama mengadakan Solat Hajat di masjid dan surau di seluruh negara bagi tujuan yang sama.
3. Kami menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama memberikan sokongan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas serta mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat di lokasi terbabit dan dikurniakan ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah JAKIM
28 November 2024 M / 26 JAMADILAWAL 1446H