jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

SOLAT HAJAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2020

JAKIM akan menganjurkan Solat Hajat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, pada tiga kali Jumaat iaitu 28 Ogos, 4 dan 11 September 2020. Solat Hajat ini akan diadakan selepas Solat Jumaat di tiga buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Solat Hajat ini diadakan bertujuan memohon kesejahteraan Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 serta agar Malaysia diselamatkan dari wabak Covid-19. JAKIM memohon kerjasama dan jasa baik pihak Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk turut melaksanakan Solat Hajat di semua masjid dan Surau Jumaat di negeri masing-masing.
 
Selain itu, JAKIM turut menyediakan teks Khutbah Jumaat bersempena Hari Kebangsaan Ke-63 bertajuk "Malaysia Prihatin" yang akan dibaca dan disiarkan secara langsung menerusi RTM pada 28 Ogos 2020 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Khutbah tersebut juga akan turut disampaikan di tiga Masjid Utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. JAKIM juga sedang menyediakan teks Khutbah Jumaat sempena Hari Malaysia yang akan dibaca pada 11 September 2020.
 
Oleh : Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM