
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
LAPORAN PORTAL BERITA BERTAJUK "MALAYSIAN GOVERNMENT, JAKIM ALLEGEDLY COERCING STUDENTS TO CONVERT TO ISLAM"
Bil. 02/2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius berhubung laporan tidak berasas dipercayai sebuah portal berita luar negara yang melaporkan dakwaan bahawa JAKIM terlibat dalam isu memaksa pelajar bukan Islam supaya memeluk Islam semasa program orientasi universiti.
2. Untuk makluman, penjelasan lanjut berhubung isu tersebut telah pun dikeluarkan oleh universiti berkenaan melalui sebuah kenyataan rasmi sebelum ini.
3. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa sebarang laporan yang dibuat haruslah bersandarkan sumber yang sahih dengan pembuktian yang jelas demi mengelakkan salah faham dan ketegangan dalam masyarakat.
4. JAKIM menasihatkan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam melaporkan berita demi mengekalkan keharmonian hidup beragama yang telah dinikmati sekian lama oleh masyarakat Malaysia. Semua pihak diseru agar menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi panduan dan asas negara ini dibina.
5. JAKIM menyeru pengamal media khususnya dari luar negara agar sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama, dan perlembagaan negara Malaysia ketika melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
22 Januari 2025 / 22 Rejab 1446 Hijrah
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
22 Januari 2025 / 22 Rejab 1446 Hijrah