
KENYATAAN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita dimaklumkan, YBhg. Dato' Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah JAKIM telah kembali kerahmatullah sekitar jam 1.00 tengahari tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat komplikasi jantung dan paru-paru. Jenazah Al-Marhum akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengkebumian pada petang ini.
Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah.
Sekian
KETUA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JAKIM
8 Oktober 2020