
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PENGANJURAN MAJLIS JALINAN MUHIBBAH MADANI SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025
Bil. 07/2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas bahawa penganjuran Majlis Jalinan Muhibbah Madani sempena Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada 16 Februari 2025 bertempat di Dewan Hokkiean, Klang, Selangor adalah program anjuran JAKIM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO Islam seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA),
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan pihak berkuasa agama Islam Negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
2. Program seperti ini telah dianjurkan setiap tahun oleh JAKIM untuk menyantuni masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina selain memperkukuh ikatan perpaduan dan silaturrahim masyarakat majmuk di negara ini. Ia adalah sebahagian peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi hal ehwal Islam untuk menyebarkan rahmah dan mesej keharmonian kepada masyarakat.
3. Semua pihak adalah dipohon untuk tidak mempolemikkan isu ini sehingga boleh menjejaskan usaha pengukuhan perpaduan. Marilah kita saling menyokong ke arah memperkukuh keharmonian negara madani.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
15 Februari 2025 / 16 Sya’ban 1446 Hijrah