jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KEAHLIAN JAWATANKUASA HARMONI


Bil. 09/2025



bismillah 2
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius terhadap hantaran di media sosial yang cuba ditularkan berhubung keahlian Jawatankuasa HARMONI.

2. Jawatankuasa ini bukanlah satu Jawatankuasa baharu yang ditubuhkan. Ianya telah bermula sejak 14 Ogos 2020 selepas penjenamaan semula daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan bermula tahun 2010-2019.

3. Bilangan Keanggotaan dan komposisi Jawatankuasa ini adalah sama sejak Januari 2021 iaitu 10 wakil Islam dan 15 wakil bukan Islam.

4. ⁠ Fungsi Jawatankuasa ini antaranya mencadangkan kepada kerajaan berhubung dengan pelaksanaan strategi yang bersesuaian dan berteraskan nilai-nilai murni keagamaan demi meningkatkan kefahaman dan keharmonian mengenai kepelbagaian agama dan melaksana secara bersama aktiviti-aktiviti kesedaran dan keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat.

5. Sehubungan itu, JAKIM menyeru semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mempolemikkan jumlah keanggotaan ahli Jawatankuasa HARMONI untuk tujuan tertentu yang boleh membangkitkan kegelisahan awam.

Sekian, terima kasih.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Februari 2025 Masihi / 21 Syaaban 1446 Hijrah