
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024
Bil. 15/2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
2. Majlis Pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:
i) Nombor MyKid; dan
ii) Nombor Angka Giliran
4. Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mac 2025 / 11 Ramadan 1446H