jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

DAKWAAN KEWUJUDAN RAMUAN BERASASKAN BABI DALAM SNEK POPULAR DARI KOREA SELATAN
 

Bil. 03/2026


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian yang serius berhubung dakwaan kewujudan ramuan berasaskan babi dalam snek popular dari Korea Selatan seperti yang disiarkan dalam beberapa akhbar utama pada 27 Februari 2026.

2. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa produk berkenaan tidak pernah dipersijilkan halal oleh JAKIM. Produk berkenaan merupakan produk import dari Korea Selatan dan tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM pada label pembungkusan.

3. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau badan pensijilan Halal luar Negara yang diiktiraf. Amalkan sikap berhati-hati dalam memilih produk seumpamanya dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

4. Sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan logo halal pada produk yang tidak halal, orang ramai disaran agar membuat laporan segera kepada pihak berkuasa berwibawa untuk tindakan lanjut.


Sekian, terima kasih.


DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
28 FEBRUARI 2026M / 10 RAMADAN 1447H



FB: https://www.facebook.com/share/p/1HbaJ9uWbq/?mibextid=wwXIfr

IG: https://www.instagram.com/p/DVSZrstj6yt/?igsh=MTljcjBzbXpvNzVweA==

X: https://x.com/myjakim/status/2027596856222748828?s=46&t=XDG0T46SXJyQBXwgRdaZBQ

Telegram: https://t.me/myJakim/8924

Saluran WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VbA3GZcKGGGDHpUNzS03