
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN SEJAGAT
Bil. 06/2026
1. Situasi konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat ketika ini menuntut keprihatinan serta solidariti umat Islam di seluruh dunia untuk terus mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat, khususnya ketika umat Islam kini memasuki fasa sepuluh malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan.
2. Sebagai menyahut seruan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar umat Islam menunaikan solat hajat bagi memohon keamanan dan kesejahteraan, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Solat Hajat Khas untuk Keamanan Sejagat pada Jumaat, 13 Mac 2026, selepas solat jumaat di tiga masjid utama di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
3. Semoga doa dan munajat yang dipanjatkan oleh umat Islam dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab kepada terpeliharanya keamanan, keselamatan dan kesejahteraan sejagat.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
11 MAC 2026M / 21 RAMADAN 1447H
