Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
 
24 Januari 2017 (Seoul) , Halal Malaysia terus melakar sejarah di persada global dengan termeterainya perjanjian persefahaman antara Mamee Double Decker Sdn Bhd dengan Shinsage Food Pty Ltd.

Perjanjian persefahaman ini adalah bagi membolehkan kedua belah pihak bekerjasama dalam pengeluaran produk halal di Republik Korea Selatan dan berkongsi kemahiran penyediaan menu Halal semasa Sukan Musim Sejuk PyongChang yang akan berlangsung pada 09 hingga 25 Februari 2018.

Majlis menantangani MoA telah diadakan di Melaka pada 2 bulan yang lalu dan usaha memartabatkan Standard Halal Malaysia diteruskan di Seoul, Korea dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim dan Tuan Sharuddin Onn wakil Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan.

Semoga usaha murni ini akan terus menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa sebagai Peneraju Halal Global.
 
 
 
LAWATAN PENGARAH BHH SEOUL 1 24012018
 
LAWATAN PENGARAH BHH SEOUL 2 24012018
 
LAWATAN PENGARAH BHH SEOUL 3 24012018