KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Inisiatif Rahmah Halal Malaysia terus diperkasakan dengan penganjuran Program Pengenalan & Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 26 dan 27 Ogos 2019. Program tersebut telah disertai oleh para pegawai penyelia usahawan unit halal YaPEIM.
Konsep pogram ini adalah berdasarkan elemen penerangan dan Training of Trainer (TOT) yang melibatkan penceramah dan fasilitator dari Bahagian Pengurusan Halal (BPH, JAKIM). Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut meluangkan masa merasmikan program ini dan turut disertai Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, YBrs. Puan Parihah binti Hasan serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff.
Objektif utama penganjuran program seumpama ini ialah untuk meningkatkan hubungan dan kefahaman agensi pembimbing usahawan mengenai pensijilan halal Malaysia seterusnya berkongsi informasi berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia agar peserta dapat berperanan sebagai pemudah cara bagi membantu dan menguruskan usahawan-usahawan di bawah bimbingan mereka untuk memohon pensijilan halal Malaysia kelak. Diharapkan kolaborasi ini akan diteruskan pada masa akan datang demi meningkatkan lagi kesedaran dan membantu untuk menggalakkan usahawan Industri Kecil Sederhana untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin