Bangi, 16 Disember 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Fasiliti Dan Penyelenggaraan (FM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama, Bangi Selangor telah diadakan pada 16 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, Aras 1, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ir. Muzammil bin Musa dari Bahagian Fasiliti Bangunan Am 1, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR. Turut hadir sama Pendaftar ILIM, Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir, para pegawai JKR dan ILIM.
Mesyuarat pengurusan dimulakan dengan pembentangan maklumat umum bangunan, kerja-kerja penyelenggaraan yang telah siap dan sedang dilaksanakan serta isu-isu berkaitan penyelenggaraan di ILIM Kampus Bangi serta perbincangan berkaitan spesifikasi skop kerja FM : Mekanikal, Elektrikal, Sivil dan Struktur.