KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (9 DAN 10 SEPTEMBER 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Bengkel Dakwah Media Kreatif Siri 2/2020. Bengkel ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Kader-kader Jakim di Agensi / Kementerian, wakil-wakil Bahagian Penyiaran Jakim serta wakil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM . Bengkel pada kali ini telah disasarkan kepada Kader-kader Jakim di Agensi / Kementerian, serta wakil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM mengambilkira peranan kader yang bertindak sebagai agen Jakim dalam menyampaikan dakwah di Kementerian/ Agensi masing-masing.
Justeru, antara keutamaan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran peserta unutk mengaplikasikan dakwah digital melalui peralatan mudah alih di samping penerapan nilai Islam dalam pengunaan aplikasi media sosial. Selain itu bengkel ini juga menjadi platform pendedahan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda.
Perasmian Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Aziz bin Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim. Antara pengisian Bengkel ini ialah : Media Sosial dan Teknik Penulisan Kreatif, Asas Pembinaan Infografik, Asas Pembinaan Video dan Audiovisual dan Teknik PHOP (Phone Photography).
ANTARA POSTER DAKWAH YANG TELAH DIHASILKAN