Majlis Sambutan Ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
11 Mac : Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir buat kali pertama memulakan tugas pada pagi tadi di Kompleks Islam Putrajaya. Kehadiran Yang Berhormat Timbalan Menteri disambut oleh warga JAKIM.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dalam ucapan ringkasnya menyatakan bahawa beliau akan menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin dalam rangka memartabatkan Islam di negara ini.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri telah diberikan taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBhg Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta pengurusan tertinggi JAKIM.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
11 Mac 2020
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
11 Mac 2020