Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Manual Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Bil. 1/2024. Bengkel yang dilaksanakan di Kompleks Islam Putrajaya ini telah  dihadiri oleh Ketua Pegawai  Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penggubalan Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari bermula 26 Februari hingga 27 Februari 2024 ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Bengkel ini telah mencapai objektif pelaksanaannya iaitu berjaya menyemak draf manual dari aspek maklumat aduan, peruntukan undang-undang, elemen-elemen kesalahan, keterangan untuk memperkukuhkan siasatan serta contoh pertuduhan bagi kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.

Manual yang menjadikan undang-undang kesalahan jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai asas rujukan ini diharapkan akan dapat membantu Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan cemerlang.


Bengkel Pemurnian Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 01

Bengkel Pemurnian Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 02

Bengkel Pemurnian Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 03

Bengkel Pemurnian Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 04

Bengkel Pemurnian Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 05