Kurator Berita : Darul Quran
4 Mac 2024 – Dalam usaha meningkatkan keupayaan serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Tarannum yang bersifat praktikal, Darul Quran telah mengadakan lawatan ke Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Lawatan kerja ini dilaksanakan bertujuan mendapatkan info lebih lanjut berkaitan pengurusan ALAS yang telah dilaksanakan di masjid negeri. Di samping itu, lawatan ini juga dapat melihat beberapa keperluan yang perlu ditambah baik dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek Tarannum di Darul Quran. 

Delegasi Darul Quran yang disertai lapan pegawai diketuai Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengajian Am, Haji Othman bin Muda telah disantuni oleh Pengurus ALAS, Ustaz Abu Dzar bin Adanan. Sesi pertemuan ini telah diisi dengan agenda taklimat tentang pengenalan pengurusan ALAS, perbincangan dan soal jawab. Selain itu, delegasi DQ turut dibawa meninjau Bilik Audio Visual ALAS.

Lawatan ini sedikit sebanyak memberi info kepada Darul Quran berkenaan pengurusan bilik audio visual dan semoga ia dapat meningkatkan lagi kualiti PdP Tarannum di Darul Quran.


Lawatan Ke Akademi Literasi Al Quran Selangor Dq Usaha Tingkatkan Kualiti Pdp Tarannum 01

Lawatan Ke Akademi Literasi Al Quran Selangor Dq Usaha Tingkatkan Kualiti Pdp Tarannum 02

Lawatan Ke Akademi Literasi Al Quran Selangor Dq Usaha Tingkatkan Kualiti Pdp Tarannum 03

Lawatan Ke Akademi Literasi Al Quran Selangor Dq Usaha Tingkatkan Kualiti Pdp Tarannum 04

Lawatan Ke Akademi Literasi Al Quran Selangor Dq Usaha Tingkatkan Kualiti Pdp Tarannum 05