Kurator Berita : Bahagian Dakwah
2 September 2021, Khamis - Hari kedua Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Barangan Makanan Zon Timur diteruskan ke destinasi berikutnya ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Timur dengan kerjasama YaPEIM Cawangan Kelantan dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Kelantan.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM di satu majlis simbolik penyerahan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu Kelantan.

Hadir sama menjayakan majlis tersebut ialah Encik Mohd Azman bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dan Encik Nik Ihsan bin Salleh, Pengurus YaPEIM Kelantan.

Program SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Kelantan 1


Program SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Kelantan 2


Program SIC Dakwah Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Kelantan 3