Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Daripada 2886 orang Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM, seramai 2140 orang merupakan pegawai kader yang ditempatkan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Peranan mereka adalah membantu agensi dalam menerap dan meningkatkan syiar Islam melalui pelbagai medium.

Bagi memastikan peranan dan fungsi pegawai kader yang berada di setiap pelusuk tanah air lebih berkesan dalam mengembangkan syiar Islam, JAKIM melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah merancang dan menyusun beberapa strategi untuk memaksimumkan manfaat keberadaan pegawai kader di agensi.

Hasrat tersebut telah dikongsikan oleh YBhg. Dato’ Mohd. Zaidi Ramli, Pengarah Kanan BDKI dalam sesi pertemuan secara dalam talian bersama lebih 40 orang pegawai kader JAKIM yang berlangsung pada Isnin, 1 April 2024.

Selain menyampaikan hasrat dan harapan beliau mewakili pihak pengurusan JAKIM, pegawai kader JAKIM juga dimohon untuk sentiasa mengemaskini maklumat semasa di agensi masing-masing bagi memudahkan JAKIM merancang dan melaksanakan dasar kerajaan khususnya berkaitan hal ehwal Islam.
Insya-Allah, keberadaan pegawai JAKIM di setiap agensi akan lebih memberi kesan kepada masyarakat seluruhnya.

WhatsApp Image 2024 04 01 at 4.53.15 PM