Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Putrajaya - Satu Program Taklimat Pentaksiran KAFA kepada Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Zon Tengah (secara dalam talian) telah diadakan pada 01 Disember 2021 (Rabu) yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan, Tuan Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan/pendedahan kepada penyelia KAFA berkaitan Pentaksiran KAFA yang sedang dirancang.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Mohd Ansarullah berkata bahawa Pentaksiran KAFA merupakan usaha JAKIM untuk melahirkan generasi khaira ummah yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Potensi anak-anak perlu dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang termasuklah membangunkan potensi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Dengan kata lain, usaha mendapatkan gred yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK itu dibuat dengan tidak meninggalkan usaha untuk meningkatkan dan mengaktifkan pembelajaran melalui pentaksiran KAFA.

Semoga pentaksiran KAFA ini menjadi model kepada sistem pendidikan negara dan menjadi perintis (pioneer) kepada agenda pentaksiran Pendidikan.

Taklimat Pentaksiran KAFA kepada Penyelia KAFA Zon Tengah 1

Taklimat Pentaksiran KAFA kepada Penyelia KAFA Zon Tengah 2

Taklimat Pentaksiran KAFA kepada Penyelia KAFA Zon Tengah 3

Taklimat Pentaksiran KAFA kepada Penyelia KAFA Zon Tengah 4