Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meluangkan masa untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dalam Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-19 pada 8 Disember 2021 secara maya yang dianjurkan oleh Kementerian Agama Republik Indonesia. Pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama bagi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak beliau menjawat jawatan tersebut.

Delegasi Malaysia dalam pertemuan ini termasuk YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusuff, Timbalan Ketua Pengarah (D) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (O) JAKIM, YBrs. En. Zahrollail bin Zainal, Ketua Sekretariat MABIMS Malaysia dan YBrs. En. Mahathir bin Mustafa, Pegawai Sekretariat MABIMS Malaysia. Turut hadir dalam pertemuan ini juga ialah YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Negara Brunei Darussalam diketuai oleh YB Pehin Dato Ustaz Haji Badaruddin Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Republik Indonesia diketuai oleh Yang Terhormat Dr. H Zainut Tauhid, wakil Menteri Agama Republik Indonesia Yang Terhormat Bapak Yaqut Cholil Qoumas dan Republik Singapura diketuai oleh YB Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura.

Pertemuan MABIMS Kali Ke-19 telah melakar sejarah dengan pelancaran Rancangan Strategik MABIMS bagi Tahun 2021-2025 telah disepakati dan dipersetujui oleh Menteri-Menteri Agama negara MABIMS. Rancangan strategik ini memberi fokus kepada hala tuju kerjasama MABIMS bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Selain itu, MABIMS kali ke-19 juga telah melakar sejarah dengan menerima kehadiran rakan strategik baharu daripada negara Kemboja sebagai negara pemerhati yang diketuai oleh YB Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Senior bertanggungjawab atas Misi Khusus - Urusan Islam Negara Kemboja.

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi MABIMS Kali Ke 19 Tahun 2021 1
YB Menteri di JPM sedang menyampaikan ucapan dalam Pertemuan MABIMS Kali Ke-19 Tahun 2021

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi MABIMS Kali Ke 19 Tahun 2021 2
Menteri-Menteri MABIMS

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi MABIMS Kali Ke 19 Tahun 2021 3
Delegasi Malaysia ke Pertemuan MABIMS Kali Ke-19