Kurator Berita : Darul Quran
30 November 2021 - Rentetan perjanjian persefahaman yang sedia terjalin antara DQ dengan UPSI sejak 2018, delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) bersama enam orang delegasi dari Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan kerja ke kampus Darul Quran JAKIM.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa kerjasama akademik seperti penulisan jurnal bersama, perkongsian kepakaran pensyarah, transfer kredit Hifz al-Quran, program pertukaran pelajar serta kerjasama persatuan pelajar, kerjasama Sijil Tahfiz Malaysia, kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh UPSI dan lain-lain.

Hasil perbincangan selama dua jam, beberapa kata sepakat telah dicapai antara kedua institusi. Semoga keputusan yang dicapai dapat memberikan suatu impak positif terutamanya kepada graduan DQ.

Lawatan Kerja Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI Ke DQ

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=494