Kurator Berita : Darul Quran
2 Disember 2021 - Darul Quran JAKIM hari ini menerima lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Delegasi JAWI ini diketuai oleh Ustazah Suraiti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI bersama enam orang pegawai Bahagian Pengurusan Dakwah yang lain. Turut sama dalam majlis bagi meraikan para pelawat pada hari ini ialah Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Darul Quran JAKIM.

Lawatan kerja ini diadakan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian daripada Darul Quran berhubung model pengurusan jenazah yang digunapakai dalam program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Darul Quran. Memandangkan JAWI turut mengendalikan kursus pengurusan jenazah kepada masyarakat awam diharapkan perkongsian ini dapat memberi percambahan idea dalam usaha JAWI memperkemaskan perkhidmatan hal ehwal Islam kepada masyarakat.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh ustazah Suhaida binti Che Samsudin, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Darul Quran. Pertemuan ini berakhir kira-kira pukul 4 petang selepas sesi perbincangan, pertukaran cenderahati serta sesi bergambar.

Lawatan Kerja JAWI Ke DQ

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=495