Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 21 Disember 2021 - Syukur dan terima kasih kepada Al Sulam Charity Projek melalui Pengerusinya Encik Muhamad Khair bin Sulam telah menyantuni tiga (3) keluarga mangsa banjir warga JAKIM yang ditempatkan di Asrama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 21 Disember 2021 dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas (toto, bantal, tikar, pampers, susu bayi, tuala wanita, kit kebersihan diri) dan pek makanan (roti, biskut, air). Pertubuhan mereka yang sebelum ini memfokus kepada usaha menyantuni kanak-kanak, namun telah turun padang sepanjang banjir untuk menyalurkan bantuan makanan kering, kelengkapan solat, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, kit kebersihan serta mainan kanak-kanak. Semoga sumbangan ini memberi manfaat buat penerima juga didoakan agar penyumbang juga diganjari setinggi-tinggi ganjaran.

Terima kasih Sumbangan Yang Sangat Bermakna 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/914-terima-kasih-sumbangan-yang-sangat-bermakna