Kurator Berita : Darul Quran
11 Januari 2022 - Seramai 150 orang pelajar Semester Satu dan Empat bagi Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN telah menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2022. Peperiksaan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Januari 2022.

Sesi peperiksaan kali ini telah diadakan di dua lokasi iaitu di Kolej Pengajian Asas & Diploma bagi subjek Hifz al-Quran Syafawi serta Tajwid Amali dan di Perpustakaan UNITEN bagi subjek-subjek bertulis.

Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN) merupakan salah satu IPT yang menandatangani MoU dengan Darul Quran bagi menjalankan Program Pensijilan Tahfiz bagi model tahfiz sains atau tahfiz profesional dengan sasaran untuk melahirkan graduan jurutera huffaz.

Kami warga Darul Quran JAKIM mengucapkan selamat berjuang dan semoga terus berjaya dalam pengajian.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIM UNITEN

Sumber berita daripada Portal Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=517