Kurator Berita : Darul Quran
16 Januari 2022 - YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad telah meluangkan masa hujung minggu hari ini untuk hadir menziarahi Darul Quran. Ziarah Senator YB Menteri ini atas dua tujuan iaitu menziarahi Tan Mike Foong; pelajar muallaf OKU berbangsa Cina dan yang kedua menziarahi para pelajar DQ yang terkena jangkitan wabak COVID-19.

Senator YB Menteri juga telah mengucapkan terima kasih kepada Pengarah serta pegawai dan pensyarah Darul Quran atas usaha mendidik Mike menjadi seorang hafiz al-Quran. Di samping tindakan proaktif dalam mengawal jangkitan COVID-19 dalam kalangan para pelajar.

Semoga pencapaian Mike ini menjadi motivasi kepada umat Islam Malaysia untuk menghafaz al-Quran.

Sebelum berangkat pulang, YB Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tan Mike Foong dan sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19 kepada para pelajar yang terkena jangkitan bernilai RM40 ribu.

Ziarah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama ke DQ

Sumber berita daripada Portal Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=521