Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Satu sesi perbincangan diantara Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka bersama Bahagian Pendidikan JAKIM telah diadakan di bilik syura aras 2 Blok B Kompleks Islam Putrajaya pada 17 Januari 2022.

Delegasi JAIM seramai 5 orang pegawai di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIM, Ustazah Noor hafizah binti Ibrahim telah disambut oleh Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Tn. Hj. Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim serta pegawai di Bahagian Pendidikan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan penyelarasan kurikulum Sekolah Rendah Arab JAIM untuk mengguna pakai kurikulum JAKIM. Diharapkan perbincangan ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan hal ehwal Islam di Melaka khususnya urusan Pendidikan Islam di Melaka.

Sesi Perbincangan JAIM Bersama Bahagian Pendidikan 1

Sesi Perbincangan JAIM Bersama Bahagian Pendidikan 2

Sesi Perbincangan JAIM Bersama Bahagian Pendidikan 3

Sesi Perbincangan JAIM Bersama Bahagian Pendidikan 4

Sesi Perbincangan JAIM Bersama Bahagian Pendidikan 5