Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
24 Januari 2022, Isnin - Menyoroti sejarah kewujudan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970, sebagaimana diperuntukkan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), jawatankuasa ini telah melewati usia 52 tahun dan mencapai Jubli Emas penubuhannya sekaligus mematangkan jawatankuasa ini selaras dengan fungsi dan tanggungjawab besar bagi menyelaras badan rujukan hal ehwal Islam di Malaysia khususnya berkaitan pengeluaran hukum.

Justeru, peranan yang dimainkan Institusi Fatwa dalam perkembangan hukum syarak perlu diiktiraf dan diangkat kedudukannya sebagai sebuah institusi yang dihormati dalam menjaga kepentingan agama Islam di Malaysia.

Kemunculan “Mufti-mufti dan pakar rujuk segera’’ sejak akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Mereka ini dengan mudah dan cepat akan memberikan hukum apabila ditanya tanpa memikirkan kesan negatif yang akan dihadapi sekiranya tersasar dari hukum yang sebenar. Perkara inilah yang sangat membimbangkan. Sehubungan itu, JAKIM bersama Jawatankuasa Muzakarah MKI dapat merangka inisiatif dan strategi bagi membendung isu-isu kekeliruan agama yang dicetuskan oleh golongan ‘’mufti-mufti segera’’ ini. Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ia mampu menghilangkan kredibiliti agensi agama dan kefatwaan kepada masyarakat Islam negara ini.

Sumber manusia perlu dilatih agar sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi apa jua isu-isu berbangkit yang banyak tersebar luas melalui media sosial sejak kebelakangan ini. Provokasi agama adalah isu yang amat serius di negara kita memandangkan negara ini didiami oleh rakyat pelbagai agama dan etnik. Justeru itu, kita memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan segala isu dan permasalahan yang timbul berpandukan kaedah Fiqh Ta’ayush yang telah digariskan oleh Islam.

Gandingan ulama’ dan umarak dalam membina keharmonian negara perlu diperkukuhkan dan kita mahu para umarak sentiasa menjadikan ulama’ sebagai rujukan dalam pembangunan dan pentadbiran negara.

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 1

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 2

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 3

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 4

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 5

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 6

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 7

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 9

Majlis Pertemuan YBM bersama Ahli Jawatankuasa MKI 10