Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 20 Oktober 2022 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah mengadakan Kursus English Communication & Proficiency (Basic) kepada Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM, Kader JAKIM, MAIN, JAIN, agensi di bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan penjawat awam pelbagai skim (Gred 29 dan ke atas).

Kursus yang diadakan selama dua (2) hari ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai berkaitan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat. Selain itu, kursus ini juga bertujuan bagi membina teknik psikologi dan keyakinan diri kepada peserta untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakan sekerja dan pihak pengurusan.

Kursus English Communication & Proficiency (Basic) ini dikendalikan oleh Yang Mulia Raja Zaida binti Raja Ahmad Kamar, Pensyarah Akademik Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pengajian Islam, Bangi Selangor. Sebelum beliau berkhidmat di IPG, beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah rendah serta sekolah menengah dengan pengalaman lebih dari 30 tahun. Beliau sangat meminati bidang penyelidikan dan inovasi serta mempunyai kepakaran dalam bidang TESL, English Language Proficiency dan MUET.

Sepanjang dua (2) hari kursus dijalankan, beliau berkongsi secara terperinci berkaitan Common Expression in English, How to ask Question, Making Small Talk, British English vs American English dan Situation and Dialogue in Workplace. Seramai 62 orang peserta telah menyertai kursus ini secara dalam talian menerusi pautan google meet yang disediakan oleh pihak ILIM.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran menyeluruh kepada para peserta khususnya dalam aspek kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan penguasaan yang betul dan tepat.

Kursus English Communication Proficiency Basic 2022 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/923-kursus-english-communication-proficiency-basic-2022