Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
26 Januari 2022, Rabu – Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari pada 25 – 26 Januari 2022 bertempat di Hotel Pulse Grande Putrajaya.

Dialog intelektual yang diadakan ini berjaya mengumpulkan ahli-ahli akademik serta pakar dan pemikir pelbagai bidang dalam usaha untuk bertukar pandangan serta buah fikiran bagi merungkaikan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat masa kini, khususnya berkaitan kedudukan istihalah dan istihlak. Isu-isu ini sekiranya tidak dikupas dengan betul akan menjadi satu tanda tanya dan permasalahan dalam masyarakat.

Perbincangan berkaitan dengan istihalah dan istihlak bukan sahaja terhad dalam persoalan berkaitan dengan makanan dan minuman tetapi ia juga melibatkan isu berkaitan penghasilan ubat-ubatan dan vaksin. Kemajuan sains dan teknologi telah banyak merubah bentuk penghasilan makanan dan produk farmaseutikal. Objektif diadakan Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 adalah sebagai platform perbincangan dalam mencari penyelesaian berkaitan isu-isu semasa khususnya hukum-hakam terhadap isu-isu baharu yang memerlukan ijtihad baharu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah sentiasa berusaha dalam mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan bagi menyelesaikan persoalan semasa umat Islam.

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 1

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 2

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 3

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 4

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 5

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 6

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 7

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 8

Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari 2022 9