Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bandar Baru Bangi, 26-28 Januari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bicara Falak : Penyelarasan Takwim & Aktiviti Falak Seluruh Malaysia Tahun 2022.

Program ini dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia. Bengkel selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi. Tujuan utama program ini adalah menyelaras takwim dan aktiviti falak bagi tahun 2022 samada di peringkat nusantara, kebangsaan, negeri dan setempat.

Selain itu, program ini juga berbicara beberapa tajuk falak berkaitan seperti Almanak Falak Tahunan, sistem takwim hijri berdasarkan kriteria baharu, Rang Undang-Undang berkaitan Falak dan peranan NGO falak Malaysia. Hasilnya kesepakatan agensi-agensi berkaitan falak dalam menangani isu semasa dan aktiviti falak dapat diselaraskan dengan baik. Program ini jua telah diserikan dengan kehadiran oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

Perwakilan setiap negeri telah dibekalkan dengan buah tangan daripada JAKIM dan PMWP berupa sejumlah buku falak seperti Kompilasi Kertas Kerja Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Jilid 1 & 2, Direktori Falak Malaysia, Jurnal Falak dan lain-lain.

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 1

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 2

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 3

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 4

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 5

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 6

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 7

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 8

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 9

Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia 2022 10