Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Isnin, 14 Februari 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Delegasi BPPPS JAKIM yang terdiri daripada 5 orang pegawai kanan telah diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS JAKIM. Delegasi JAKIM disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS berserta Pegawai-Pegawai Kanan JHEAINS.

Objektif utama kunjung hormat ialah bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama antara JAKIM dan JHEAINS serta membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah.

Kunjung Hormat JAKIM Ke JHEAINS 1

Kunjung Hormat JAKIM Ke JHEAINS 2

Kunjung Hormat JAKIM Ke JHEAINS 3