Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA – Meneruskan usaha memperkasa pengurusan pendidikan tahfiz sentiasa diberi keutamaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Oleh itu, Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz melibatkan wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi persekutuan, ahli akademik dan persatuan tahfiz pada 11 Februari 2022 bertempat di Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pihak pemegang taruh di peringkat negeri dan agensi kerajaan berkenaan serta persatuan tahfiz berkaitan garis panduan pengurusan tahfiz yang akan dibangunkan dalam masa terdekat. Pembangunan garis panduan ini adalah selari Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 yang memberi fokus kepada Teras Keempat DPTN iaitu Memperkasakan Tadbir Urus Institusi Tahfiz.

Hasil pertemuan yang dipimpin oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah BDKI ini akan disusuli dengan pelaksanaan beberapa siri bengkel. Diharapkan gerak kerja ini akan dipermudahkan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan dalam pendidikan tahfiz serta diurus setiakan oleh pihak JAKIM.

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 1

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 2

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 3

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 4

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 5

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 6

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 7

Sesi Libat Urus Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz 8