Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 24 Februari 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama warga KDN. Penganjuran Program Wacana Ilmu iaitu Bual Bicara Maqasid Syariah ini telah diadakan di Dewan Gemilang KDN bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada ibu pejabat, Polis Diraja Malaysia PDRM, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah menyertai program ini.

Program ini dimulakan dengan pembentangan panel pertama YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran iaitu Pengarah Pusat kajian Syariah Undang-Undang dan Politik (SYARAK) IKIM. Tajuk yang telah dibentangkan ialah “Kepentingan Memahami Maqasid Syariah”. Pembentangan panel kedua ialah YBrs. Encik Azman bin Mat Hassan, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM dengan tajuk “Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus”.

Semua peserta menunjukkan minat dan kesungguhan untuk memahami ilmu Maqasid Syariah serta kepentingan ilmu tersebut untuk diaplikasikan dalam organisasi. Pelbagai soalan telah diutarakan kepada kedua-dua ahli panel. Program ini berakhir dengan 20 orang peserta terpilih mendapat hadiah cabutan bertuah dan 5 orang peserta dipilih sebagai pemenang Kuiz.

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Warga KDN 1

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Warga KDN 2

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Warga KDN 3

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Warga KDN 4

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Warga KDN 5