Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 24 Februari - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah mengadakan Lawatan Kerja Pengurusan ILIM ke ILIM Kampus Jelebu, Negeri Sembilan bertujuan untuk menyelaras dan memperkasa program-program latihan, menyelaras aktiviti pengurusan,penyelenggaraan, pengurusan aset dan stor.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Ustaz Aminudin bin Mohamad dan disertai oleh Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril bin Muhamad Azmi bersama beberapa orang pegawai dari ILIM Kampus Bangi.

Lawatan Kerja Pengurusan Ilim Ke ILIM Kampus Jelebu