Kurator Berita : Bahagian Penerbitan
Pada 19 hingga 24 Rejab 1443 Hijrah bersamaan 21 hingga 24 Februari 2022 Masihi bertempat di Grand Continental Kuala lumpur telah diadakan Bengkel Pemurnian Modul Pengajaran Dan Pembelajaran yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan dengan Kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Lokman bin Ab. Rahman Pengarah Bahagian Penerbitan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli panel yang terdiri daripada pasukan penyelidikan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan PERTIS. Tujuan bengkel ini diadakan untuk menambah baik lagi dokumen yang telah dihasilkan, menyeragam dan menyelaraskan kaedah penulisan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran serta membuat pembetulan ejaan, dan istilah yang terdapat pada modul mengikut kod Braille pindaan terkini.

Di samping itu, bengkel ini turut membincangkan berkaitan penyelarasan dan pelaksanaan ke arah penggunaan Modul ini sepenuhnya kepada golongan sasar di peringkat PERTIS, sekolah, dan institusi pendidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Mashaf Al-Qur'an Braille Malaysia.

Secara keseluruhannya bengkel ini telah Berjaya mencapai matlamat dengan menghasilkan satu modul lengkap yang boleh digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar di bawah kelolaan PERTIS, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan penerbit buku teks Braille juga di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. modul ini juga akan diterbitkan dalam dua bentuk iaitu cetakan bertulisan biasa dan cetakan bertulisan Braille.

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Mashaf Al Quran Braille 1

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Mashaf Al Quran Braille 2

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Mashaf Al Quran Braille 3

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Mashaf Al Quran Braille 4

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Mashaf Al Quran Braille 5

Disediakan oleh:
Bahagian Penerbitan JAKIM