Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kompleks Islam Putrajaya, 28 Februari 2022 bersamaan 26 Rejab 1443H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 01 Tahun 2022 secara telesidang berpusat di Bilik Mesyuarat Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan disertai semua ahli-ahli Panel Pakar Falak yang dilantik berdasarkan jawatan dan kepakaran. YBrs. Puan Safina binti Zainal selaku setiausaha telah membentang minit mesyuarat, kertas cadangan dan makluman falak.

Mesyuarat ini juga telah menganalisis dan mengesahkan data bagi hari cerapan, awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1443H/2022, semakan Takwim 2024/1445-1446H. Manakala Profesor Dato’Dr Mohd Zambri bin Zainuddin telah membentang laporan kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langir dan Pembiasan Cahaya di Ufuk bagi tahun 1442H.

Mesyuarat pada kali ini adalah mesyuarat yang pertama bagi lantikan ahli Panel Pakar Falak bagi sesi 2022/23. Berikut adalah senarai ahli Panel Pakar Falak JAKIM bagi sesi 2022/23 :

1. Ketua Pengarah (Pengerusi)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff (Timbalan
Timbalan Ketua Pengarah ( Dasar) Pengerusi)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

3. YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal (Setiausaha)
Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

4. YBrs. Sr. Dr. Ahmad Sanusi Bin Che Kob
Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

5. YBrs.Tuan Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer
Yang DiPertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia

6. YBrs. Dr. Mohd Saiful Anwar bin Mohd Nawawi
Pengerusi Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS)

7. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin
Profesor Kehormat Universiti Malaya

8. YBrs. Prof. Madya Dr. Mustafa Din bin Subari
Pusat Perdana untuk Polisi Sains, Teknologi dan Inovasi
Universiti Teknologi Malaysia

9. YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz
Pesara Pensyarah Universiti Sains Malaysia

10. YBrs Prof. Madya Dr. Sa’adan bin Man
Pensyarah Kanan Universiti Malaya

11. YBrs. Tuan Haji Mohamad Saupi bin Che Awang
Pesara Universiti Teknologi Malaysia

12. YBrs. Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak
Masjid Kota Iskandar, Johor

13. YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

14. Sahibus Samahah Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Bin Haji Sitiris
Timbalan Mufti Negeri Selangor

15. Sahibus Fadhilah Amran Bin Haji Awaludin
Timbalan Mufti Negeri Sembilan

16. Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 3

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 4

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 2

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 5

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 6

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil 01 2022 1