Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
17 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Satu kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu “Kertas Cadangan SOP Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Pusat Tahanan” yang disampaikan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM.

Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah dapat menyelaraskan gerak kerja dan aktiviti tahunan pendakwaan syariah seluruh Malaysia.

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Bil 1 2022 1